Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد 






Tuesday, February 21, 2012

Perlawanan Persahabatan Pertama BFC vs PJFC 2012

Alhamdulillah...

               Petang tadi telah tamat sudah perlawanan persahabatan yang pertama kalinya diadakan
oleh pasukan bola sepak BADAS bersama pasukan bola sepak Pendidikan Jasmani di IPSAh pada
tahun 2012. Keputusan perlawanan tersebut adalah dimenangi oleh PJFC dengan keputusan
BFC 1-3 PJFC.
           
              Walaupun BFC kalah pada perlawanan tersebut, tetapi setiap ahli BFC bermain dengan
penuh cemerlang dan sangat berpuas hati. Biasalah, setiap perlawanan mesti ada yang menang,
kalah dan ada juga yang seri. Di samping itu juga, pemain-pemain BFC akan terus meningkatkan
kemahiran dan skil permainan mereka dengan mengukur cara permainan mereka pada perlawanan
tadi.

Saturday, February 18, 2012

Jadual Piala FA 2012

Menuju Wawasan (for all player BADAS FC)


Menuju Wawasan

Umat islam harus cemerlang hari
ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh x2 (chorus)

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat x2

akhirnya islam cemerlang seluruh dunia 

(chorus)
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu

Thursday, April 28, 2011

“Apa Ada Pada Solat?….”

Solat itu doa (meminta) maksudnya dari segi bahasa.


Apa ada pada solat?

Dalam solat ada sepuluh perkara.

1) Dalam solat ada membesarkan Allah
Setiap bacaan solat adalah untuk membesarkan Allah. Ia bermula dengan takbirarul ihram lagi. Kita lafazkan bahawa Allah yang maha agong dan maha besar.
Jika orang membesarkan Allah, dia akan menjadi mausia yang mengaggap kecil pada dunia. Dan jika seseorang itu telah mengaggap kecil pada dunia, maka dia tidak akan takut dan gentar pada urusan dunia.

2) dalam solat ada meminta petunjuk
Petunjuk jalan yang lurus bukan sahaja dalam bab agama, tetapi dalam setiap keputusan hidup kita. Allah letakkan doa itu di dalam surah al-Fatihah iaitu “Ihdinas Siratal Mustaqim”.

3) dalam solat ada minta ampun pada dosa.
Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “Rabbigfirli…… (ampunkan aku)

4) dalam solat ada minta kasih sayang dari Allah
Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warhamni…. (kasihanilah aku )

Friday, March 4, 2011

Makluman Yuran Ahli : Bendahari

Assalamualaikum kpda semua pemain BADAS FC yang kacak lagi tampan...



Masihkah anda ingat!!!

Di atas persetujuan daripada semua ahli BFC, kutipan sebanyak RM 1 setiap minggu diwajibkan kpda semua player BFC. Untuk memudahkan lagi urusan kutipan wang ini oleh saudara Izwan, merangkap Bendahari Agong BADAS FC, anda semua hanya perlu membayar sekali saja untuk satu sem iaitu sebanyak RM 20 sahaja. SENANG & MUDAH !!!

1st BFC Mini Tournament



Alhamdulillah…

           Hari ini hari Jumaat. Macam biasa, latihan dijalankan dengan cemerlang oleh semua pemain BADAS FC di bawah tunjuk ajar dari 2 orang coach yang handsome lagi smart iaitu saudara Aki dan Mad.

            Walaupun kehadiran tidak begitu memuaskan kerana ramai yang ada urusan peribadi, urusan keluarga dan sebagainya, latihan hari ini ceria lebih sedikit macam biasa.

            Terdapat beberapa teknik yang pelik dan baru bagi pemain BFC semasa aktiviti rengangan badan yang diajar oleh Coach Aki. Diharap semua pemain BFC akan sentiasa mempraktikkan teknik2 tersebut untuk memantapkan lagi tubuh badan mereka semasa bermain bola.
            
             Sekarang BFC mempunyai