Wednesday, January 12, 2011

Kenali BFC

Sejarah Badas FC (BFC)


Sejarah tertubuhnya pasukan Badas FC ini bukan seperti pasukan-pasukan bola sepak yang lain tetapi mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang sangat unik. Sebelum tertubuhnya pasukan ini, Badan Dakwah & Surau (BADAS), Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim (IPG KSAH) dianggap tiada saingan dalam sukan bola sepak IPSAH.

Sejarah penubuhan Badas FC bermula apabila kemasukan ahli BADAS yang ramai pada akhir tahun 2009 dan kebanyakan ahli tersebut mempunyai minat dan bakat dalam sukan bola sepak. Setiap petang, secara tidak langsung mereka bermain bola sepak sebagai aktiviti riadah bersama guru-guru pelatih IPSAH yang lain.

Bilangan ahli BADAS yang ramai bermain setiap petang di padang IPSAH menyebabkan kumpulan guru pelatih senior dari kos Pendidikan Jasmani telah mengajak ahli-ahli BADAS yang ada bakat dalam permainan bola sepak berlawan dengan pasukan mereka dalam satu perlawanan persahabatan. Seperti yang telah ditetapkan tarikh dan waktunya, perlawanan tersebut telah dijalankan.


 Walaupun kumpulan BADAS kalah teruk dengan keputusan 0-8 ketinggalan dari pasukan Pendidikan Jasmani, di situ merupakan pencetus semangat yang berkobar-kobar dalam diri setiap ahli BADAS untuk menubuhkan pasukan sendiri yang lebih mantap dan berdisiplin. Kata orang, umur baru setahun jagung. Kalah menang merupakan adat permainan. Ingat! Kita bersukan dan beriadah untuk menyihatkan tubuh badan kita supaya dapat melaksanakan ibadat dan tangungjawab kita sebagai hamba Allah s.w.t.

Alhamdulillah, pada awal tahun 2010 tertubuhnya BADAS FC. Pengurusnya adalah saudara Zulfadli (Pali). Pasukan bola sepak BADAS juga telah mendapat pertolongan dari dua orang senior dari kos Pendidikan Jasmani yang berpengalaman dalam permaianan bola sepak. Mereka adalah saudara Zaki (Aki)dan saudara Muhammad Basri (Mad). Dengan ikhlas dan sukarelanya mereka diamanahkan untuk menjadi jurulatih terhadap pasukan bola sepak BADAS. Kami amat berterima kasih kepada mereka (pengurus, jurulatih2, pemain2, dan ahli BADAS) terhadap sumbangan mereka kepada BADAS FC. Daripada peristiwa ini, pasukan Badas FC tertubuhnya di IPSAH sebagai sebuah pasukan bola sepak.

Sejak Badas FC mendapat jurulatih, pada pagi jumaat setiap minggu akan dijalankan satu latihan bola sepak terhadap pemain Badas FC bermula pukul 7.30pagi hingga pukul 9.00pagi. Latihan tersebut bersifat menyeluruh kerana pemain Badas FC akan diuji dan ditingkatkan tahap stamina, strategi permainan, kecekapan, dan sebagainya. Melalui latihan ini, pasukan Badas FC telah Berjaya mengalahkan beberapa pasukan bola sepak dalam dan luar IPSAH. Badas FC mula dianggap sebagai salah satu pasukan yang hebat di IPSAH sehingga sekarang.

Selain itu, BADAS FC juga mempunyai kekuatan pemain hampir 30 orang. Jasa pemain ini jugalah yang meningkatkan reputasi BADAS FC. Hal ini kerana bilangan kekuatan pemain ini dapat membentuk satu ikatan ukhwah yang mantap lantas dapat berkomunikasi secara sihat semasa perlawanan berlangsung.

Badas FC juga telah membuat dua jersi bola sepak untuk digunakan semasa perlawanan bola sepak. Jersi yang pertama berwarna biru putih dan seluarnya berwarna hitam. Jersi ini masih digunakan sehingga sekarang. Jersi Badas FC yang kedua mula siap pada tahun 2011. Jersi dan seluar yang kedua ini berwarna merah gelap.


Setiap perlawanan dan latihan serta aktiviti riadah setiap petang, semua pemain Badas FC diwajibkan menutup aurat. Ini menunjukkan Badas FC merupakan satu pasukan dakwah untuk membuktikan serta menimbulkan kesedaran kepada guru-guru pelatih serta semua orang di dalam atau di luar IPSAH untuk menutup aurat. Bermain dengan menutup serta menjaga aurat tidak menghalang seseorang untuk bermain dan beriadah seterusnya menang bukan sahaja dalam sukan bola sepak sahaja malah semua jenis sukan yang lain.

Alhamdulillah, setiap ahli dalam pasukan Badas FC ini telah berjaya meningkatkan prestasi diri dalam permainan bola sepak dan sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat. Mereka bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara mereka sahaja, malah mereka secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dengan semua guru-guru pelatih di IPSAH terutamanya pemain-pemain bola sepak di IPSAH.

Oleh :
Shafiq Mat Kamal (cheq),
Pemain BADAS FC & ahli BADAS, IPSAH.
Jumaat, 14/1/11.

3 comments:

MuHaMMaD AbDuLLaH said...

Alhamdulillah. baru ku tahu sejarahnya. syukran. =)

badas football club said...

Alhamdulillah ya MIM...smoga kita semarakkan lagi perjuangan badas!! :)

Detective CheQ said...

minta maaf jika ayat diatas tungang langang...
sbb lama doh tok bwt esay...
heheheeeee

Post a Comment

There was an error in this gadget